Artikel Panas Dan Sensasi

News Update :

Artikel Berkaitan

Home » » Keranamu Yong Teck Lee - GLC Sabah Rugi RM114 Juta

Keranamu Yong Teck Lee - GLC Sabah Rugi RM114 Juta

Penulis : Unknown on Monday 23 July 2012 | 08:27

TERINGAT suatu ketika dahulu kisah berkaitan dengan Yong Teck Lee (YTL) ni. Ikuti kisah YTL melalui tulisan saudara Musli Oli dalam blognya seperti berikut....

BUNYI muka depan akhbar Daily Express di Kota Kinabalu, "Massive RM114m losses by ex-CM". Walaupun nama DatukYong Teck Lee tidak disebut Datuk Haji Rahman Ghani, CEO Syarikat Warisan Harta Sabah (WHS) dalam kenyataan akhbar itu, namun secara umum rakyat Sabah tahu Ketua Menteri Sabah pada Disember 1997 ialah Yong Teck Lee.

Sejak tahun 1994, BN Sabah mengamalkan satu dasar unik menggilir-gilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah  diantara tiga  kaum utama: bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan kaum Cina. Setiap kaum berpeluang menjawat selama dua tahun.

Datuk Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah selepas tempuh bumiputera Islam Tan Sri Sakaran Dandai (sekarang Tun) dan  Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak. Selama tempuh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, banyak dasar-dasarnya tidak popular termasuk memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun!

Selain kerugian yang didedahkan WHS, berikutan keputusan Yong Teck Lee mengarahkan 'share swap' pemilikan saham Warisan Harta dalam MISC sebuah syarikat yg dianggap memiliki saham 'blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad, dimiliki dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.

Berikutan itu bukan sahaja Warisan Harta rugi dalam tahun kewangannya sebanyak RM200 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham tetapi juga kehilangan keuntungan daripada right issues, kenaikan harga saham, dan dividen daripada MISC!

Saya juga difahamkan Yong Teck Lee juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

Yong Teck Lee yang juga presiden parti SAPP sebuah parti komponen BN Sabah sejak ditubuhkan menjelang PRU 1994, telah pada bulan June 2008 keluar daripada Barisan Nasional, berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PM ketika itu, Tun Abdullah Badawi. Pada masa ini  dua MP dari SAPP yang menang atas tikit BN pada PRU 12,  menjadi anggota bebas dalam Dewan Rakyat.
sumber : http://muslioli.blogspot.com/2010/06/kerana-mu-yong-teck-lee-glc-sabah-rugi.html
Share this article :

+ comments + 2 comments

24 July 2012 at 22:49

saya masih ingat ramai kakitangan kerajaan waktu itu membuat pinjamana Bank dgn harapan akan mendapat pulangan yg lumayan,tapi bukan sahaja hampa tetapi menanggung bebanan hutang yg mungkin sehingga ke hari ini masih belum selesai......kalau saya jgn ada pisang berbuah 2 kali.

Anonymous
27 July 2012 at 08:45

Hancur Sabah klu Yong Teck Lee memimpin....

Post a Comment

Pautan

Blog 24/7

 
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger